Wednesday, May 9, 2012

'implikasi dan kesan'

Dalam hidup ni, setiap pilihan yang kita buat mesti ada implikasi dan kesan terhadap orang sekeliling dan diri sendiri terutamanya.. Dan bak kata Ckgu Zainab, hidup kita ni sentiasa akan bermain dengan pilihan.. Bangun tidur je,, kena buat pilihan nak pakai baju apa nak pergi kuliah harini,, nak makan tengahari pulak,, kena buat pilihan nak makan lauk apa,, dah habis kelas,, kena buat pilihan nak buat apa sejurus selepas habis kelas.. :D

Dan,, harini pilihan yang dibuat telah memberi implikasi buruk terhadap diri ini.. Mana taknya,, buat pilihan untuk makan ketam sedangkan ada lauk ikan.. Dah tahu diri tu allergic dengan ketam,, tapi buat jugak pilihan nak makan ketam kan.. Tanggunglah akibatnya.. :(

Sekarang da gatal2 dalam tekak.. :( Bibir terasa seksi yayy.. :( Gatal!! Hmm,,bersabar jelah.. 

Pengajarannya,,lepas ni kalau buat pilihan jangan buat pilihan yang salah,, lebih-lebih lagi kalau kita dah tahu pilihan kita akan membawa implikasi yang buruk.. :)

Thursday, May 3, 2012

'pantun mata ikang'

hari-hari kerja adik makan,,
sekarang nih dah kena mata ikan..

pak cik ali rasa geram,,
nak cepat baik kena letak garam..

orang laki boleh ada 4 bini,
buat masa ni belom ada berani..

ps; erkk.. sakitnya mata ikang ni.. macam nak membengkak pulak rasa mulut ni.. :(


Wednesday, May 2, 2012

'rezeki hari-hari'

Alhamdulillah,,da siap masak lauk pauk untuk harini..
i) sambal ikan bilis petai
ii) kacang panjang masak sayur asam
iii) ikan bakaq bersama air asam

Fuhh.. ce tengok lauk pauk tu,,makan bukan boleh sekali,,kalau boleh nak tambah berkali-kali.. :P Macamana lah badan tak naik kan.. Duduk rumah,,masak,,lepas masak,,makan.. Lepas makan tengok tv,,duduk depan lappy,,basuh pinggan.. Tak membakar kalori langsung! :P Nak-nak c Astro ni bagi free spuloh hari semua channel,,lagi xbergerak la duduk depan tv tu gamaknya.. :P

Alhamdulillah YA ALLAH atas rezeki pada hari ini.. :D

Tuesday, April 3, 2012

'perancangan Allah yang Maha Sempurna'

Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna.. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang,,tetapi sebaik-baik ketentuan itu adalah daripada Allah.. Allahuakhbar.. Allah Maha Besar.. 

Ahad lepas,, 1 April 2012 telah bertandang ke rumah kami rombongan abg mail(bakal abg ipar).. Tapi den x turun pon mengikuti perkembangan semasa sepanjang majlis risik merisik dijalankan.. Yelah,,mana taknya,,dah la malam sebelum bertolak daripada Segamat terchenta smpai rumah dah tengah malam.. Paginya pula,da kene berperang dengan segala macam alatan dapur,, sebab tolong mama siap sediakan makanan untuk tetamu.. Letih sangat.. Tapi,,takpelah untuk along tersayang,,tolonglah apa termampu.. :P

Bulan 6 ni sepatutnya majlis pertunangan akan ditukar dengan akad nikah.. Fuhh!! Terkejut sebentar bersama kitkat.. Mana taknya.. Lagi 2 bulan kot!! Papa da risau,,takut tak sempat prepared untuk majlis tu nanti.. Don't worry pa,,papa ada ramai anak yang boleh membantu.. Kami semua akan tolong sampai terlaksananya majlis along tu nanti.. :) 

So,,for the time being,,saya adik beradik,,anak beranak,,sepupu sepapat akan menjadi tersangatlah bz dengan persiapan majlis tu nanti.. Kami tak lah buat grand-grand.. Along pun mintak sekadar mengikut syariat Islam.. Bagus kakak oden sorang nih.. Lubb u la along.. <3  Doakan kami agar dapat menyiapkan segala persiapan untuk bulan 6 ni ya.. 

Opss!! Majlis akan dilangsung 3hari selepas birthday saya,,2 hari sebelum birthday ayah kamal dah berbelas hari sebelum birthday mak nor.. :D Ni bukan hadiah birthday ye long.. :P 

Ohh ya,,niat saya untuk bekerja semasa cuti sem 2 bulan ni terpaksa ditangguhkan sebab mama minta nurul untuk tolong apa yang patut.. Kalau kerja,,sah-sahlaa langsung tak dapat tolong.. Takpe2,,sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah.. Mungkin ada rahsia yang tersembunyi atas setiap apa yang terjadi.. :)

Mohon didoakan kesejahteraan dan perjalanan majlis yang baik-baik.. Kami tidaklah mengharapkan kesempurnaan,,tetapi keredhaan Allah atas majlis yang akan dilangsungkan.. :)

ps;along ni pembuka pintu kata mak nor.. mungkin lepas ni angah akan menyusul atau,,,,,?? hehe.. :P

Sunday, April 1, 2012

'bye2 semester 5,, hi semester 6!'

Alhamdulillah... 

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur sangat-sangat da mengharungi 1 lagi pasca kehidupan di alam universiti nih.. :D Alhamdulillah.. Habis sudah semester 5,,selamat datang semester 6.. Semester terakhir digelar mahasiswi diploma.. Syukur sangat walaupon semester ni lebih tough berbanding semester-semester sebelum,,alhamdulillah semua orang berjaya habiskan perjuangan final exam sehingga ke titisan dakwat pen yang terakhir.. :P Lepas je habis jawab kertas FIN 329 tadi,,rasa macam nak buat sujud syukur,,nak tunggu final habis,,terasa macam nak kene pinang *erkk. Hehe..

Biasalah kan,,sepanjang 1 sem lebih kurang 5 bulan kene tempuh kehidupan kat sini,,macam-macam ragam,,termasuk ragam diri sendiri jugak..  Kadang-kadang pening jugak melayan 1001 ragam,,tapi,,sebagai manusia biasa,,terima jelah.. Maaf kalau ada buat kawan-kawan terasa hati dengan sikap diri ini.. :(

2 bulan cuti di rumah,,macam-macam perancangan da diatur.. Firstly,,yeahh,,tgk bakal abang ipar saya.. Perlu ke tengok? Hahaha.. excited nak sambut orang baru dalam keluarga.. Harap-harap semua berjalan seperti yang dirancang.. Aminn..

Friday, March 16, 2012

'di satu sudut pandang'

moga nanti suatu hari aku dapat pandang dunia bukan hanya dari satu sudut pandang. 
tersentuh hatiku bila di satu sudut pandang, aku lihat seorang anak kecil tanpa arah tujuan. 
di satu sudut pandang yang berbeza, aku nampak seorang tua berjalan di tengah-tengah trafik tanpa panduan. 
ini fakta..
kejadian yang bermain ditubir mata sejak kebelakangan ini..
inilah krhidupan.. 
hidup umpama roda..
hari ini aku merupakan seorang remaja yang sangat bertenaga,,memenuhi masaku dengan segala macam aktiviti..
tapi,satu hari nanti,,aku akan berubah,,menjadi seorang dewasa,,seorang tua.. 
sepertimana ibu ayahku hari ini..
dunia tidak akan berhenti berputar.. 
kita tidak mampu mengawal dunia,,tapi kita akan mengawal tindakan kita untuk menakluki dunia.. 
insyaallah..

ps;tak tahu lah apa yang direpekkan malam nih.. :)

Tuesday, February 7, 2012

'S.E.D.I.H'

Macam mana ya nak hilangkan rasa sedih yang menggunung dalam diri, rasa sebak yang membukit dalam jiwa ni.. :( Sumpah,seriously sedih macam nak menangis.. Bila masa macam ni,mula lah nak rindu-rinduan.. Bila tak sedih,,rasa rindu tu tak lah mencengkam sangat jiwa ni.. I need a shoulder to cry. I need ears that can listen to me. I miss all my sahabat.. Tak sabar rasanya nak menempuh hari-hari di sini.. Tak sabar nak tamatkan cerita di bumi segamat ni.. :) Sabarlah hati.. Sekejap je lagi.. Lagi beberapa bulan je lagi.. Sabarlah jiwa.. Sebentar lagi tamatlah segala cerita.. 

Sebagai manusia,,rasanya kita selalu bijak menasihati orang supaya sabar,bersangka baik dsb bila orang mengadu ada masalah ke apa ke.. Tapi,,bila kena tang batang hidung sendiri,kita pulak yang tak pandai nak kawal emosi,,perasaan jadi kucar kacir.. Pengakuan ikhlas dari hati.. Itu yang aku rasa,bila ada orang mengadu kat aku,dia ada masalah bla bla bla apa sume,,aku memang seorang motivator yang sangat hebat,tapi,hakikatnya bila aku sendiri hadapi rasa macam tu,aku adalah seorang yang sangat gagal mengawal emosi.. Aku emotional.. So? Berkawan dengan aku,kerana diriku.. Terimalah aku seadanya.. Kalau agak-agak kau nak orang yang 24/7 happy takda sebarang masalah,,jangan berkawan dengan aku.. Get it?

p/s gangguan emosi yang sangat kritkal tatkala mencoretkan coretan diatas.. :(

Monday, January 23, 2012

'banyak sawang aihh'

Fuhh sana fuhh sini,,hadoii,,banyaknya sawang kat blog ni.. Hehe.. Almaklumlah sibuk mengalahkan PM,,mengalahkan suri rumah yang dok rumah tu.. Hehehe.. Sori ye Incik Belog yang tercinta,,saya tak boleh luangkan masa selalu dengan awak,,saya bukan ada pakwe lain,,tapi saya kan student,,tanggungjawabnya mestilah belajar kan? Awak jangan marah saya ye Incik Belog,,marah jadual yang tiap-tiap minggu test,,assignment melambak tu.. Muahh.. http://www.emocutez.com

Bermula lah kisah seorang budak U di hutan simpan Segamat yang indah lagi permai.. Hidup yang penuh onak liku serta ranjau kehidupan penuh dengan duri-duri dugaan yang hampir saja tidak mampu diharungi.. Namun,,kecekalan hati,, diiringi dengan doa ibu serta ayah di bandar JB ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda diri,,segala masalah mampu ditepis.. Cehh,,apo kono ejang?? Ayat nak bebungo.. Tak paham eden!!
http://www.emocutez.com

Biasalah kan,,nama pon manusia,,kalau tak nak hidup ni bermasalah,,tak payah hidup.. Tapi,,kalau mati pon,,kene hisab,,ha,,tak ke masalah bagi orang-orang yang tak cukup amalan kat dunia.. Hmm.. Tulah kan,,ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat..

Untuk bestfriend,Syidah Sani,,harapnya bersabarlah atas kehilangan bakal anak buah baru-baru ni.. Sesungguhnya Allah mengambil sesuatu yang bernilai dari kita dan akan digantikan dengan sesutau yang bermakna satu hari nanti.. InsyaAllah.. <3

Tuesday, October 18, 2011

'ujian'

Bila dapat makan sedap-sedap,,itu nikmat..
Bila salah satu jari berdarah,,itu ujian..
Kenapa ya?
Even jari tangan kita ni ada sepuloh,,tapi bila satu je terluka@berdarah,,kita rasa serba tak kena.. Nak buat kerja rutin pon terasa susah.. Contohnya,,nak basuh pinggan,,pedih woo,,walaupon satu je yang luka,,tapi effectnya besar.. Sakit.. Sikit je tu,,belum lagi sakit accident,,patah tangan,,patah kaki,,patah serba serbi.. Nauzubillah..


Alhamdulillah,,dapat jugak siapkan nasi ayam walaupon 2/10 jari tidak berada dalam keadaan yang baik.. :( Semoga cepat sembuh ya jari.. Susah nak buat kerja,,semua lambat,,macam siput.. Hihi..

Tuesday, October 11, 2011

'addiction'

Alhamdulillah,,cuti semester da bermula.. Tapi,,sumpah tanak tunggu result.. Sebab ape?? Sebab.. Sebab.. Sebab da terbau2 hangusnya result untuk semester 4 ni.. :( 

Tapi,,tak kisahlah.. Sebab saya dah ada ubat hati.. Nak mengubat luka yang dalam nih.. Cehh.. Ayat sangat cannot go ye.. Nak tahu apa ubat-ubatannya?? Nilah dia antaranya,, Chuck the series,,Kasih Alia,,Juvana.. Hahaha.. Ya.. Semua movie@series yang da terlepas dek kerana duduk dalam gua di kawasan hutan Segamat yang sangat indah permai lagi damai itu.. 

Sumpah,,saya da ketagih tengok cerita-cerita ni berulang-ulang kali.. PERHATIAN!! Berulang-ulang kali.. Sampai mata dah sepet,,kepala da sakit.. Semua macam symptom-symptom orang study hard.. (muntah darah oke semua,,cuti semester mana ada orang bukak buku... :P )

Rutin harian yang sangat bernas,,kalah beras bernas tu ha.. Bangun pagi-pagi,,after subuh take a nap (tidur sekejap) Then pukul 9 ke 9 lebih bangun and p dapur.. Buat ape lagi?? Kemas dapur sambil cari makanan yang boleh diisi kedalam tembolok yang besar nih.. :P Lepas dah isi tembolok kemaslah apa yang patut.. Lepas tu,,bermula lah episod-episod series@movie yang ketinggalan tu.. 

Sangat tak produktif ye rutin harian saya.. :( InsyaAllah,,nexweek lebih produktif mungkin.. Akan bermula lah kisah jelajah UiTM Machang (ade probability akan dibatalkan,,tapi doa semoga penjelajahan akan dipermudahkan ),, nak p melawat Kak atul n Syida dan jugak Mim.. :) Balik kampung!!!..
Thats all.. :)

Monday, September 26, 2011

'R.I.N.D.U'

Rasyidah Mohd Sani n Kak Rabiatul Adawiyah Othman


Kak Intan,,Kak Fira n Kak Nisha

Rindu itu sesuatu yang xboleh digambarkan.. Percaya tak? Tak percaya? Baik percaya.. :P

Saturday, September 24, 2011

'INSYAALLAH'

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way

ps;Subhanallah,,beratnya rasa.. Allah.. Kuatkan hati yang rindukan keluarga ini.. Kuatkan hati yang semakin lemah ini.. Kuatkan semangat yang kian pudar ini Ya Allah.. T.T

Monday, September 19, 2011

'tak beerti'

Rindu tak beerti kasih,,
Kasih tak beerti sayang,,
Sayang tak beerti cinta..

^^,

Thursday, September 15, 2011

'pusing'

Ya Allah kepala berpusing pulak tengah-tengah nak baca law ni.. :(
Permudahkan urusanku Ya Allah..
Tak faham dah..
Kenapalaa dengan kepala ni.. Hmm.. :(
Dah la semua orang da tidur.. Ira Shahirah tak balik-balik lagi.. Kiroro da selamat berlayar dah..
Nak baca law pon xboleh focus dah..
Tak boleh tidur ok??
Nanti terlajak subuh.. Tak pasal-pasal ada yang subuh gajah pulak.. Hmm..
Permudahkan Ya Allah..
Permudahkan..

Wednesday, September 14, 2011

'semalam'

Semalam adrenalin,,jiran sebelah rumah kemain aktif pulak..
Hari ni? Apa sudah jadi?
Entah laa..
Adrenalin,,saya harap awak kekal aktif ya..