Dalam hidup ni, setiap pilihan yang kita buat mesti ada implikasi dan kesan terhadap orang sekeliling dan diri sendiri terutamanya.. Dan bak kata Ckgu Zainab, hidup kita ni sentiasa akan bermain dengan pilihan.. Bangun tidur je,, kena buat pilihan nak pakai baju apa nak pergi kuliah harini,, nak makan tengahari pulak,, kena buat pilihan nak makan lauk apa,, dah habis kelas,, kena buat pilihan nak buat apa sejurus selepas habis kelas.. :D
Dan,, harini pilihan yang dibuat telah memberi implikasi buruk terhadap diri ini.. Mana taknya,, buat pilihan untuk makan ketam sedangkan ada lauk ikan.. Dah tahu diri tu allergic dengan ketam,, tapi buat jugak pilihan nak makan ketam kan.. Tanggunglah akibatnya.. :(
Sekarang da gatal2 dalam tekak.. :( Bibir terasa seksi yayy.. :( Gatal!! Hmm,,bersabar jelah..
Pengajarannya,,lepas ni kalau buat pilihan jangan buat pilihan yang salah,, lebih-lebih lagi kalau kita dah tahu pilihan kita akan membawa implikasi yang buruk.. :)
No comments:
Post a Comment