Zaman persekolahan aku,telinga ni diasak dengan kata-kata "seronok jadi anak cikgu,tak faham pelajaran kat sekolah,boleh study kat rumah".. Hey,,ia tak seperti yang korang fikir la kawan, dan ia juga tak semudah dan seronok yang korang rasa.. Haha.. Biasalah,jiwa remaja,kuat sangat memberontak.. Bila Ibu tu panggil suruh belajar Chemistry otak jahat ni mulalah fikir yang bukan-bukan.. Rasa hidup seperti dikongkong.. Bila dapat result teruk @ sederhana OK mulalah Ibu tu bising.. Kenapa result aku xcemerlang seperti orang lain.. :(
Tapi,sekarang aku sedar.. Ibu buat semua tu sebab dia nak masa depan yang cerah untuk kami adik beradik.. Kalau dulu Ibu tak marah-marah, tak bebel-bebel mesti kami semua tak sampai ke menara gading seperti hari ini.. :)
Ibu buat semua ni sebab Ibu hidup lebih lama dari kami.. Mungkin Ibu da merasa lebih banyak garam dari kami semua,,sebab tu Ibu tahu dan pakar dalam segala hal..
Sebab tu,, Ibu sentiasa menjadi Guru.. Bukan setakat Guru Chemistry tapi jugak Guru untuk kehidupan kami.. :)
Terima kasih Ibu sudi menjadi Guru kami.. :D
semoga sentiasa menjadi keluarga sakinah:)
"Ibuku,Guruku"
No comments:
Post a Comment