Tuesday, April 3, 2012

'perancangan Allah yang Maha Sempurna'

Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna.. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang,,tetapi sebaik-baik ketentuan itu adalah daripada Allah.. Allahuakhbar.. Allah Maha Besar.. 

Ahad lepas,, 1 April 2012 telah bertandang ke rumah kami rombongan abg mail(bakal abg ipar).. Tapi den x turun pon mengikuti perkembangan semasa sepanjang majlis risik merisik dijalankan.. Yelah,,mana taknya,,dah la malam sebelum bertolak daripada Segamat terchenta smpai rumah dah tengah malam.. Paginya pula,da kene berperang dengan segala macam alatan dapur,, sebab tolong mama siap sediakan makanan untuk tetamu.. Letih sangat.. Tapi,,takpelah untuk along tersayang,,tolonglah apa termampu.. :P

Bulan 6 ni sepatutnya majlis pertunangan akan ditukar dengan akad nikah.. Fuhh!! Terkejut sebentar bersama kitkat.. Mana taknya.. Lagi 2 bulan kot!! Papa da risau,,takut tak sempat prepared untuk majlis tu nanti.. Don't worry pa,,papa ada ramai anak yang boleh membantu.. Kami semua akan tolong sampai terlaksananya majlis along tu nanti.. :) 

So,,for the time being,,saya adik beradik,,anak beranak,,sepupu sepapat akan menjadi tersangatlah bz dengan persiapan majlis tu nanti.. Kami tak lah buat grand-grand.. Along pun mintak sekadar mengikut syariat Islam.. Bagus kakak oden sorang nih.. Lubb u la along.. <3  Doakan kami agar dapat menyiapkan segala persiapan untuk bulan 6 ni ya.. 

Opss!! Majlis akan dilangsung 3hari selepas birthday saya,,2 hari sebelum birthday ayah kamal dah berbelas hari sebelum birthday mak nor.. :D Ni bukan hadiah birthday ye long.. :P 

Ohh ya,,niat saya untuk bekerja semasa cuti sem 2 bulan ni terpaksa ditangguhkan sebab mama minta nurul untuk tolong apa yang patut.. Kalau kerja,,sah-sahlaa langsung tak dapat tolong.. Takpe2,,sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah.. Mungkin ada rahsia yang tersembunyi atas setiap apa yang terjadi.. :)

Mohon didoakan kesejahteraan dan perjalanan majlis yang baik-baik.. Kami tidaklah mengharapkan kesempurnaan,,tetapi keredhaan Allah atas majlis yang akan dilangsungkan.. :)

ps;along ni pembuka pintu kata mak nor.. mungkin lepas ni angah akan menyusul atau,,,,,?? hehe.. :P

No comments:

Post a Comment