Tuesday, March 26, 2013

'update tak jadi'

Dah ngantuk, tak jadi nak update harini.. Lain kali.. InsyaAllah.. :)

Tuesday, February 5, 2013

'peralihan fasa-fasa kehidupan'

Alhamdulillah.. Tamat cerita diploma,cerita kerja di ESSO dan sekarang bakal beralih ke peralihan yang baru iaitu cerita Ijazah.. InsyaAllah.. Bakal siswi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan)..

Sekarang ni fasa-fasa keserabutan akal dan minda sebabnya sibuk mencari rumah sewa.. Ouh ya.. Aku dapat meneruskan pengajian dalam pilihan pertama dan juga di tempat yang sama.. Allah mendengar doa aku.. Alhamdulillah.. Kata orang,setiap kata-kata yang kita ucapkan tu doa kan? Aku selalu cakap dapat sambung degree kat Segamat.. Alhamdulillah,kata-kata tu menjadi kenyataan.. Terima Kasih Allah. Permudahkan urusan kami Ya Allah..

Housemate da dapat kumpul,7 orang kesemuanya. Harap-harap semuanya akan okay la hendaknya.. Cuma rumahnya tak dapat confirmkan lagi.. Plan dengan Miera nak turun Segamat Rabu ni.. Alang-alang Miera nak buat clearance boleh tengok rumah sekali.. Kesian Miera tak buat clearance dengan kawan-kawan dia semata-mata nak tengok rumah sewa kami nanti.. InsyaAllah.. ada rezeki jumpa lagi.. :)


Wednesday, October 31, 2012

'teman bilik'

Haha,,dah nak sebulan cuti baru nak tulis pasal teman sebilik atau lebih fofular dengan panggilan "ROOMATE".. 

Since aku da last semester kat UiTM Segamat,budak-budak sektor B diberi kelebihan dapat kolej baru iaitu Suluk Belingkung.. Kolej ni bilik dia dua kali besar dari bilik lama.. Kapasiti dia pulak ada bilik untuk 2 orang dan bilik untuk 4 orang.. Awal-awal lagi memang aku da berniat nak bilik 4 orang.. Dalam hati ni cakap,,biarlah,,senang nanti kalau jadi apa-apa nanti.. Blejar dari pengalaman.. :D 

Mula-mula daftar diberitahu dapat blok B bilik 215, *sigh*, tingkat atas lagi.. Haha.. Takpelah,,boleh exercise,,lagipun taklah tinggi macam kat Baiduri.. Sedapkan hati sendiri.. Nasib baik masa nak daftar Izyan Syamim ada,,xlah berdaftar seorang diri.. Dahlah Unit Pengurusan Kolej dekat kolej budak lelaki.. Malu mak nok.. :) 

Mula-mula hantar barang-barang yang sebemban tu masuk bilik,tengok roomate ohh Alin dgn Fiza, both student Accountancy.. Tengok katil ada lagi 2 kosong.. Ok,,pilih katil sebelah tingkap.. Katil sebelah kosong lagi.. Siapalah agaknya ya? Hatinya da terdetik,harap-harap roomate semester ni semua ni OK.. :)

Bila balik bilik lepas keluar outing tu,jumpa lagi sorang roomate,,student Information Mgt,,Eyma nama dia.. Haha.. Aku cuak gila dengan Eyma ni memula sebab dia macam Rock gilaa.. :P

Lepas tu,,bila da lama-lama,,berbulan-bulan aku stay sebilik dengan depa ni.. Depa sangatlah superb,awesome dan kata-kata pujian lain yang memberangsangkan! Kah3.. :P 

Aku dengan Eyma selalu la sama-sama sebab Alin dengan Fiza kan both student Accountancy,,dorang ni sangatlah busy ye.. Macam bukan student diploma da gamaknya.. Macam orang amek master wa cakap lu.. :D Sebab tu si Eyma ni pernah cakap,, rasanya student Accountancy je layak dapat stroll Dip sebab dorang paling susah seantero kos lain kat UiTM tu.. Haha.. Semua ada susah senangnya kan.. :P

Bila da habis ni,,aku rindu sangat nak gather dengan dorang.. Selalu Ina dgn Tyra la rajin lepak bilik ktorg.. Seronok sangat! FYI,si Ina ni lah yang da menjebakkan aku dalam dunia Running Man, K-Pop dan sebagainya.. Haha.. :P Tyra pulak segala jenis genre music dia tahu okeyh! Jangan cakap,ko sebut je,dangdut,nasyid,hindustan,Korea.. Dia hapal okeyh! Kagum sekejap.. Unik kawan-kawan aku ni semua.. Haha.. :D

*next post boleh cerita pasal kawan-kawan course pulak! ^^, Muahhh!! 

Saturday, October 20, 2012

'pengakhiran sebuah kisah dan akan bermula dengan kisah yang baru'

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Tak sangka selesai sudah pengajian Diploma in Business Study kat UiTM Segamat.. Yeeehaaaa.. Lepas ni sambung degree pulak.. Harap-harap dapatla kos yang best dan melekat kat jiwa raga aku nih..

Ouhh ya,,nak post pasal kehidupan kat Segamat.. Cumanya,,mungkin belum tiba masa yang sesuai nak update blog sekarang ni.. Tunggu la masa yang sesuai ye.. :)


Monday, September 24, 2012

'final kat simpang depan rumah je'

Final is just around the corner.. Hahah.. Tu bahasa Omputihnye.. O,o

Erk.. Final exam for a final year as DBS student.. Banyak sangat kenangan terindah nyanyian Samsons yang terjadi kat dalam hidup aku sepanjang menjadi pelajar UiTM ni.. Yelah aku yang kunon-kunon berduka cita lepas keluar MMC dulu,,sekarang da jadi manusia biasa yang boleh menrima kawan bergelak tawa bersama.. Chewahh.. Eh aku lupa niat sebenar post harini..

Berbalik kepada tajuk di atas, aku nak menegaskan bahawasanya kami,,warga-warga UiTM pelajar diploma khususnya akan menghadapi peperiksaan akhir.. Berikut adalah jadual waktu yang ditetapkan oleh HEP UiTM:

1 Oktober 2012: ENT 300
7 Oktober 2012: RM kott.. (xigt)
11 Oktober 2012: SELLING kott.. (xigt jugakk)
14 Oktober 2012: IB (xamek paper ni)
18 Oktober 2012: TPT

Doakan kami semua berjaya jawab semuaaaaa paper dengan jayanya.. Dannnn... Dan... Dannnnn.. Semoga ukhwah yang terbina kekal selamanyaaaa!! :) All the best for batch Dec09-Oct12 especially DBS and all my friends..  Muah3~

'flow?'

Just go with the flow.. 
Bisik hati..
Sabar lah..
Mungkin dia bukan jodoh kita..
Bisik akal pulak..
(',')

Saturday, September 22, 2012

'inspire brighter enterprise1'


May our future become bright.. Love all of u with all my heart.. Chewah! <3 p="p">

'terima kasih'

Terima kasih Tuhan kurniakan kawan disekeliling aku untuk dibuat teman.. Semuanya aman bila diteman.. :) Aku bahagia,,walaupun untuk seketika.. 
Terima Kasih Tuhan..
Alhamdulillah.. :) :)

Sunday, August 26, 2012

'Eid Mubarak'

Hepi Eid Mubarak Friends! Huhu.. Lambatnya la wish kan.. Biar lambat asalkan ingat.. Sungguh, bila da besar ni,raya tak semeriah dulu.. Mungkin, sebab bila da besar dah rasa lebih bertanggungjawab pada benda-benda lain macam kerja,assignment dsb menyebabkan rasa excited nak beraya dah tak macam dulu.. Kalau dulu,, rasa seronok gila dapat berkumpul ramai-ramai sekeluarga anyam ketupat, kacau dodol, masak rendang, buat kecah kat dapur.. Haha.. Sekarang seronok jugak.. Seronok tengok budak-budak kecik beraya.. Seronoknya dapat duit raya lagi.. *sigh*

Masa 1st day raya tu adalah jumpa sorang budak kecik ni.. Adhlina namanya, adik dia Athira dng Iman.. Punyelah keletah.. Meka ni dua pupu aku.. Subhanallah.. Mulutnya macam bertih jagung.. Dok syok-syok main game kat hp,, die datang "main apa tu??" Tekejot omak ha.. Haha.. Tengok dia macam tgk aqish.. Budak-budak zaman sekarang da cerdik-cerdik dah.. Adik sepupu aku yang baru 3 tahun pun pandai main tab mak dia taw.. Aku ni terkial-kial pegang tab.. Haha.. Malu :') Ohh I miss my cousin Amira..

Dalam-dalam kita dok cerita pasal raya,, aku pun telah mengabaikan beberapa assignment yang diberi.. Haha.. Cuti beb,,mood mana ada nak buat kerja.. :( Dah esok lusa nak hantar,,barulah aku nak siapkan malam ni.. Haha.. Padanla muka ekau..

Doakan aku dan teman-teman yang lain grad on time ye.. :D

Saturday, August 4, 2012

'doa seorang sahabat'

ALHAMDULLILLAH.. :)

Harini lepas terawikh di Masjid  Damai Jaya, aku terus pergi rumah seorang sahabat, Farhah Kamaruddin.. Sahabat aku ni sakit.. Dia didiagnos menghidapi seronegative rheumatoid arthritis. Ya Allah permudahkan lah urusan sahabatku yang sorang ni.. Berikanlah kepadanya kekuatan dan kesembuhan..

Fa,,aku harap kau kuat melawan penyakit kau ni.. Aku syg kau.. Aku yakin kawan-kawan republik 91 pun sayang sangat kat kau.. Kau jangn putus asa k sayang..

Aku sedih sangat tengok keadaan sahabat aku ni tadi.. Dah lama rasanya tak cuci mata.. Malam ni Allah bagi peluang dan ruang bertentang 2 mata dengan Farha sambil-sambil cuci mata.. Allah.. Allah.. Tak mampu mengungkap dengan kata-kata betapa sedihnya aku jumpa Farha tadi.. Isk isk isk.. T,T

Kawan-kawan,,tolong doakan untuk sahabat ni ya.. Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain tanpa diketahui,,InsyaALLAH termakbul.. Mohon didoakan.. :( :(

Friday, August 3, 2012

'misi balik rumah'

Alhamdulillah.. Dah selamat sampai rumah manis rumah dengan petolongan seorang kawan.. :D

Balik-balik je kene siap-siap nak keluar.. Yeayy!! Makan nasi ayam penyet kat kedai Mak Ngah.. Yuuhuuu.. Jumpa adik-adik tb Seta untuk yang entah keberapa kalinya.. Alhamdulillah.. Indahnya Ukhwahfillah juka kerana Allah.. :D

Misi balik rumah kali ni.. :D

  • jumpa Farha.. *Aku da banyak kali cakap nak jumpa beliau,,tapi aku asyik sibuk uruskan rumah tangga,, ngeh3.. :P
  • Siapkan kerja-kerja bertangguh: siapkan assignment TPT (20% progress), IB Enterprise punya bunting (almost done, tapi tataw Mkt manager approve ke idok.. Hehe), Selling script (tinggal taip je).. 
  • Makan banyak-banyak.. :D
  • Lepaskan rindu puas-puas.. Ngeheee.. :D
  • Donlod cite banyak-banyak jugak! :P
Malam ni dah malam ke 13 Ramadhan.. Alhamdulillah,,aku dapat penuhi azam nak solat tarawikh penuh buat masa ni.. Moga ALLAH permudahkan segala urusanku,, urusan ibu bapa ku,, urusan pendidik-pendidikku,, urusan sahabat-sahabatku.. :D

Wednesday, August 1, 2012

'terima kasih'

Terima kasih kawan..
Aku hargai sangat..
Terima kasih..
Kau kata kau kawan baik,,
tapi dalam diam kau tikam..
Terima kasih untuk segalanya..
Terima kasih jadi penyumbang terbesar migrain aku harini..
Terima kasih jadi pemegang saham terbesar dosa aku harini sbb da puas mencarut marut..
Terima kasih..
Terima kasih dah tolong kurangkan pahala puasa aku..
Terima kasih untuk segalanya..

Salam sayang,,
Kawan kau yang separuh mati.. :((

Sunday, July 22, 2012

'madrasah ramadhan'

Ramadhan menjelang lagi.. Syukur Alhamdulillah dapat bertemu dengan Ramadhan untuk kesekian kalinya.. :D

Teringat dulu masa darjah 1,,baru berjinak-jinak puasa Ramadhan,,aku dengan angah curi-curi makan ayam goreng kat dapur.. Lepas tu kantoi,,sebab along kantoikan!! Hahaha.. Macamana la boleh dapat idea makan ayam goreng tu kan.. Alahaii anak omak,,omak pun tak mampu kata apa-apa dah.. Masa tu lah.. Sekarang,,Alhamdulillah puasa takda yang yok lagi dah.. :D

Bermulanya madrasah Ramadhan kali ni,aku berazam akan buat tarawikh penuh-penuh,,meningkatkan amal ibadat aku banyak-banyak.. Aku mohon dipermudahkan puasa kali ni.. Sebab aku ada gastrik,,aku harap sakit tu tak keluar saat bulan yang mulia ni.. Alaaa,,gastrik je punn,,ape kecoh sangat?? Perghh,,kalau dia dah datang,,jangan kata nak berjalan,, nak bangun pun susah.. takpe-takpe.. Tu bahagian aku.. Moga aku kuat!~ :P

Selamat berpuasa kawan-kawan.. Semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 makna dalam hidup kita!~

Sunday, July 8, 2012

'another family'

Keluarga yang lagi satu? Opss,,bukan keluarga bakal mertua ya kawan-kawan.. Hihik.. :P

Pejam celi, pejam celik dah tahun ketiga aku kat Segamat.. Ohh,,da lama rupanya bertapa di bumi Segamat ni.. *Sigh* Dulu aku tak rasa aku ada sahabat di Segamat ni.. Aku rasa semua orang bekawan dengan aku ada sebab.. Aku khilaf.. Aku berfikiran buruk-buruk tentang orang yang ada kat sekeliling aku.. Maafkan aku semua.. :(

Tapi, harini.. Aku sedar,,aku bukan setakat ada sahabat di Segamat ni, malah aku dapat keluarga baru! Yeah,,might sound weird.. Tapi baru harini aku rasa sayang aku pada mereka bukan setakat kawan tetapi adik,,kakak,,ibu,,ayah.. :( Ohh my.. Sadisnya rasa nak meninggal bumi Segamat ni.. *lagi 3 bulan je*

keluarga pertama di Segamat.. :) syida,kak atul,kak intan.. 
Kenapa tiba-tiba nak sedih bagai pulak kan? Kuasa Tuhan.. Siapalah aku untuk menghalang rasa sedih ni.. :( Apa-apa pun,,La tahzan.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Setiap yang hadir dalam hidup ini pasti akan pergi jua satu hari nanti.. :)


Sayang semua ketat-ketat..

Maafkan salah silap saya,,kekasaran bahasa atau perlakuan yang tidak disengaja atau disengaja..

kakak-kakak-kakak-kakak :)



adik beradik memang selalu bertelagah tapi tu yang buat aku  sayang kat korang..  macam-macam peel,,tapi tu yang buat aku rindu kat korang nanti.. :( 


keluarga kumpulan makan,berjimba berasignment bersama.. lagi 3 orang hilang di hari kejadian *kak miza,ekin,anis* :)
kak Mawar dan adik-adik yang bakal sangat dirindui.. :(
keluarga Inspirasi.. Semoga legasi keluarga Inspirasi akan berterusan hingga keakhirnya.. :)
keluarga penasihat akademik yang dipelopori Pn Hairiani bt Abdul Hamid.

ps i love u all.. :) Konsep CINTA itu luas,jgn sempitkan.. Saya CINTA kalian kerana ALLAH.. :D
Buat semua yang pernah hadir dalam hidup insan bernama Nurulfatimah bt Abdul Razak,,maaf kalau tiada gambar anda di dalam post ini,bukan bermakna anda dilupai tetapi kerana kekangan internet.. Sayang anda semua kerana Allah..




Tuesday, May 15, 2012

'Ibuku, Guruku'

Hidup ni indah, semua orang memiliki dan dimiliki.. Aku memiliki dan dimiliki sepenuhnya oleh seorang Ibu yang juga merupakan seorang Guru.. Yeahh,,cubalah korang bayangkan perasaan zaman remaja aku yang 24/7 dengan mak aku.. Yelah,,nama pun mak kan,,biasalah kalau bising-bising,,bebel-bebel sikit,,kadang-kadang termarah,,terjerit kat aku yang ketegaq ni.. Zaman paling aku rasa disaster duduk kat rumah ni.. Haha.. Betapa sempitnya otak zaman muda remaja masa tu kan.. Astagfirullah.. Jahilnya aku tak sedar betapa besarnya harga pengorbanan seorang ibu.. :(

Zaman persekolahan aku,telinga ni diasak dengan kata-kata "seronok jadi anak cikgu,tak faham pelajaran kat sekolah,boleh study kat rumah".. Hey,,ia tak seperti yang korang fikir la kawan, dan ia juga tak semudah dan seronok yang korang rasa.. Haha.. Biasalah,jiwa remaja,kuat sangat memberontak.. Bila Ibu tu panggil suruh belajar Chemistry otak jahat ni mulalah fikir yang bukan-bukan.. Rasa hidup seperti dikongkong.. Bila dapat result teruk @ sederhana OK mulalah Ibu tu bising.. Kenapa result aku xcemerlang seperti orang lain.. :(

Tapi,sekarang aku sedar.. Ibu buat semua tu sebab dia nak masa depan yang cerah untuk kami adik beradik.. Kalau dulu Ibu tak marah-marah, tak bebel-bebel mesti kami semua tak sampai ke menara gading seperti hari ini.. :)

Ibu buat semua ni sebab Ibu hidup lebih lama dari kami.. Mungkin Ibu da merasa lebih banyak garam dari kami semua,,sebab tu Ibu tahu dan pakar dalam segala hal..

Sebab tu,, Ibu sentiasa menjadi Guru.. Bukan setakat Guru Chemistry tapi jugak Guru untuk kehidupan kami.. :)

Terima kasih Ibu sudi menjadi Guru kami.. :D

 semoga sentiasa menjadi keluarga sakinah:)  

"Ibuku,Guruku"