Tuesday, February 5, 2013

'peralihan fasa-fasa kehidupan'

Alhamdulillah.. Tamat cerita diploma,cerita kerja di ESSO dan sekarang bakal beralih ke peralihan yang baru iaitu cerita Ijazah.. InsyaAllah.. Bakal siswi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan)..

Sekarang ni fasa-fasa keserabutan akal dan minda sebabnya sibuk mencari rumah sewa.. Ouh ya.. Aku dapat meneruskan pengajian dalam pilihan pertama dan juga di tempat yang sama.. Allah mendengar doa aku.. Alhamdulillah.. Kata orang,setiap kata-kata yang kita ucapkan tu doa kan? Aku selalu cakap dapat sambung degree kat Segamat.. Alhamdulillah,kata-kata tu menjadi kenyataan.. Terima Kasih Allah. Permudahkan urusan kami Ya Allah..

Housemate da dapat kumpul,7 orang kesemuanya. Harap-harap semuanya akan okay la hendaknya.. Cuma rumahnya tak dapat confirmkan lagi.. Plan dengan Miera nak turun Segamat Rabu ni.. Alang-alang Miera nak buat clearance boleh tengok rumah sekali.. Kesian Miera tak buat clearance dengan kawan-kawan dia semata-mata nak tengok rumah sewa kami nanti.. InsyaAllah.. ada rezeki jumpa lagi.. :)


No comments:

Post a Comment