Wednesday, October 31, 2012

'teman bilik'

Haha,,dah nak sebulan cuti baru nak tulis pasal teman sebilik atau lebih fofular dengan panggilan "ROOMATE".. 

Since aku da last semester kat UiTM Segamat,budak-budak sektor B diberi kelebihan dapat kolej baru iaitu Suluk Belingkung.. Kolej ni bilik dia dua kali besar dari bilik lama.. Kapasiti dia pulak ada bilik untuk 2 orang dan bilik untuk 4 orang.. Awal-awal lagi memang aku da berniat nak bilik 4 orang.. Dalam hati ni cakap,,biarlah,,senang nanti kalau jadi apa-apa nanti.. Blejar dari pengalaman.. :D 

Mula-mula daftar diberitahu dapat blok B bilik 215, *sigh*, tingkat atas lagi.. Haha.. Takpelah,,boleh exercise,,lagipun taklah tinggi macam kat Baiduri.. Sedapkan hati sendiri.. Nasib baik masa nak daftar Izyan Syamim ada,,xlah berdaftar seorang diri.. Dahlah Unit Pengurusan Kolej dekat kolej budak lelaki.. Malu mak nok.. :) 

Mula-mula hantar barang-barang yang sebemban tu masuk bilik,tengok roomate ohh Alin dgn Fiza, both student Accountancy.. Tengok katil ada lagi 2 kosong.. Ok,,pilih katil sebelah tingkap.. Katil sebelah kosong lagi.. Siapalah agaknya ya? Hatinya da terdetik,harap-harap roomate semester ni semua ni OK.. :)

Bila balik bilik lepas keluar outing tu,jumpa lagi sorang roomate,,student Information Mgt,,Eyma nama dia.. Haha.. Aku cuak gila dengan Eyma ni memula sebab dia macam Rock gilaa.. :P

Lepas tu,,bila da lama-lama,,berbulan-bulan aku stay sebilik dengan depa ni.. Depa sangatlah superb,awesome dan kata-kata pujian lain yang memberangsangkan! Kah3.. :P 

Aku dengan Eyma selalu la sama-sama sebab Alin dengan Fiza kan both student Accountancy,,dorang ni sangatlah busy ye.. Macam bukan student diploma da gamaknya.. Macam orang amek master wa cakap lu.. :D Sebab tu si Eyma ni pernah cakap,, rasanya student Accountancy je layak dapat stroll Dip sebab dorang paling susah seantero kos lain kat UiTM tu.. Haha.. Semua ada susah senangnya kan.. :P

Bila da habis ni,,aku rindu sangat nak gather dengan dorang.. Selalu Ina dgn Tyra la rajin lepak bilik ktorg.. Seronok sangat! FYI,si Ina ni lah yang da menjebakkan aku dalam dunia Running Man, K-Pop dan sebagainya.. Haha.. :P Tyra pulak segala jenis genre music dia tahu okeyh! Jangan cakap,ko sebut je,dangdut,nasyid,hindustan,Korea.. Dia hapal okeyh! Kagum sekejap.. Unik kawan-kawan aku ni semua.. Haha.. :D

*next post boleh cerita pasal kawan-kawan course pulak! ^^, Muahhh!! 

No comments:

Post a Comment