Tuesday, September 13, 2011

'tinta buat sahabat yang jauh'

Sepanjang hidup kat atas muka bumi ALLAH yang luas ni,,da banyak kawan yang saya jumpa.. Dari zaman tabika kemas sammmpailaa zaman universiti ni.. Tapi banyak-banyak zaman, kawan yang paling terkesan kat hati ni masa zaman matrik.. Bukan zaman-zaman lain tu tak terkesan kat hati cuma zaman matrik lah kawan-kawan yang dijumpai paling meninggalkan kesan dalam hati,jiwa malah diri ni..

SAHABAT SELAMANYA INSYAALLAH :D
Mereka nilah yang selalu ada kat sisi saya dalam senang mahupun susah.. Kata orang,,kawan menangis susah dicari,,kawan gelak tawa xpayah cari.. Tapi,,see,,saya da jumpa kawan mengis,,ketawa,,bergurau semualah..

Kenangan Terindah di BTN Selangor

Masa sem1 kat UiTM ni,,asyik menangis je ingat kat depa ni.. Rindu tu,,mendalam,,hanya ALLAH je yang tahu tafsirkan perasaan tu.. Sungguh.. Masa kat matrik rindu mama n papa je,,tapi bila da masuk UiTM ni senarai orang yang dirindui tu makin bertambah.. Alhamdullillah,,kenal mereka,,kenal erti rindu,,kenal juga erti sabar dalam menanggung rindu tu.. :) 

Dalam Chemistry Lab bersama Dr Yassin

Dulu,selalu bergayut dengan mereka,,tapi since harga topup jugak akan dikenakan tax sebanyak 6%,,macam nipis je probability nak bergayut dengan mereka ni.. Bukan kedekut taw,,cume beringat sebelum kering kontang.. Yelah,,da xmohon ptptpu,,bergantung harap hanya pada pinjaman bulanan pama.. Haha.. Nasiblah,,dapat contact through fb,skype etc.. :(

RINDU :(

Sahabat,,
Andai kau sayang padaku kerana tutur bicaraku,
ketahuilah,aku akan menyakitimu kerananya.
Andai kau sayang padaku kerana peribadiku,
ketahuilah,aku tidak sempurna.
Andai kau sayang padaku kerana kita sering bersama,
ketahuilah,aku akan meninggalkanmu jua.
Maka,sayangilah aku kerana aku.
Sayangilah aku kerana aku sahabatmu.
Terimalah aku ketika baik dan buruknya diriku.
Bersamalah kita bertaut didahan keredhaanNYA.

Sahabat,,
Moga ukhwah yang terjalin mengalir sehingga ke jannahNYA..
Amin Ya Rabbal Alaminn.. 

notakaki;update 2nd time 






No comments:

Post a Comment